Thursday 8 November 2012

Got what we gave.Believe it:)

"Jika kita tolong orang lain,Allah akan tolong kita"
Familiar kan dgn ayat tu?

Alah,saya selalu je tolong dia.tapi buat sakit hati ade la.ucap terima kasih pun tak".jawab sekeping hati yang merungut dgn sikap manusia yg diharapkan balasan dr pertolongannya itu.

Pujangga ada mengatakan,jangan mengharapkan terima kasih manusia,nanti kita akan dikecewakan.

Jom ubati hati dgn yakin pada pertolongan
 yg akan Allah kirimkan.

Teguhkan pendirian ini."Kita tolong orang,Allah PASTI akan tolong kita"
Analoginya simple.

Dijalan raya,kita di sebelah kanan.Ada kereta comel dr sbelah kiri ingin memotong,lalu kita perlahankan kereta kita,utk bg laluan kpd kereta comel tu.Kita tolong pemandu kereta comel itu.

Ketika diperjalanan,tetiba perut kita memulas.Perlukan tandas dgn segera.

Kita di sebelah kiri jalan,dan ingin memotong kereta dihadapan kita yang bergerak bagaikan "Siput Spongebob" itu.Kita bagi signal kanan,tnda kita ingin memotong.Lalu,kereta di sebelah kanan pun perlahankan knderaannya,bagi laluan utk kita memotong.Kita bahagia.

Kita bagi laluan utk si pemandu kereta comel tadi,adakah si pemandu itu jgak yang bagi laluan utk kita memotong tadi?Pastinya tidak,kan?kita dan pemandu kereta comel itu berbeza destinasi yang ingin dituju.Bayang-bayang kereta comel pun sudah lama menghilang dari pandangan.

Tapi ada kereta lain yang simpati & bagi laluan utk kita,kan?
Padahal kita tidak pernah kita tolong kan?Tetapi Allah gerakkan hati pemandu itu utk memberi laluan kpd kita.

Orang yang kita beri kebaikan,tidak ada di situ utk membalas kebaikan kita,,tetapi Allah menggerakkan hati orang lain,yg tidak prnah berasa kebaikan kita,utk membalas kebaikan kita tadi.

Dah dapat pointnya? :)

Yakin,Allah tak akan pernah sia-siakan usaha hambaNya :)
Pegang tu,dibah^^

Friday 12 October 2012

Hidup : Tuhan itu Maha Mengetahui!

Bismillahirahmanirahim^^

Alkisah seorang penjual…

Ali seorang yang penjual yang tekun… beliau menjual alat-alat pendidikan kanak-kanak.

Setiap hari beliau berdoa agar dilancarkan urusan hariannya dipermudahkan Allah, diharap mudah dijual dan selamat dalam perjalanan.

Setiap pagi, Ali perlu melalui berpuluh km untuk menyelesaikan tugasnya. Pemanduannya cukup dijaga kerana jalan yang dilaluinya banyak roadblock polis set

iap hari untuk mengelakkan saman trafik.

Pelanggan Ali pula tidak menentu – ada yang ok, ada yang cerewet, malah ada yang ‘membuli’ beliau.

Dengan keyakinan bahawa doa beliau akan dimakbulkan, Ali menekadkan semangat dan terus tekun bekerja mencari rezeki.

Namun, setelah setengah tahun mencuba, prestasi jualan Ali tidak baik. Ada bulan yang prestasi jualannya jatuh merudum, Ali merungut bertanya mengapa Allah tidak membantu menguruskan urusan sehariannya.

Ali bertanya mengapa Allah tidak membantunya sedangkan beliau tekun setiap hari berulang-alik sana sini untuk menjual barangannya.

Ali seorang yang menjaga tindak-tanduknya berasa beliau seorang yang kurang berdosa – jadi mengapa Allah merumitkan hidup beliau.

Ali tidak faham dan terus merungut sendiri dan terus merasakan dirinya malang… namun begitu, beliau meneruskan kareernya sebagai penjual dengan tekun…

Sehingga satu hari, beliau bertemu dengan taukeh pemborong alat-alat pendidikan kanak-kanak brand A yang kagum dengan ketekunan dan keazaman Ali cuba menjual produk brand B…

“Berminat ke Ali nak join company saya? Saya menawarkan dua kali ganda gaji untuk Ali,” tanya pemborong itu.

Ali seronok, tetapi berfikir, prestasi jualannya bukanlah baik sangat, mengapa pemborong ini berminat padanya…

“Saya penjual yang tak seberapa… mengapa tuan berminat pada saya?” tanya Ali yang gembira, tapi seolah-olah tidak percaya pada nasibnya.

“Ali tahu produk syarikat yang Ali sedang jual ini – namanya tidak berapa baik di pasaran, tapi Ali masih cuba dengan tekun dan berhemah sehinggakan kedai-kedai yang Ali cuba menjual produk Ali menyuruh saya mengambil Ali. Mereka rasa Ali ada potensi untuk cemerlang bekerja dengan saya…” kata pemborong tersebut.

Ali menerima dengan gembira pujiannya – ketekunannya akhirnya berhasil – Ali seterusnya bertanya – apa dokumen yang perlu untuk permohonan kerja baru ini…

“IC dan lesen kereta cukup… dan boleh join bulan depan, tak perlu interview,” kata pemborong itu.

Ketika Ali mengeluarkan IC dan lesen memandunya, Ali terkejut.

Ali tersentak melihat tarikh 05/04/12.

Rupa-rupanya lesen memandunya dah tamat tempoh 6 bulan yang lepas.

Ali mengimbas kembali nasibnya 6 bulan, yang dalam perjalanan untuk menjual produk, sudah beberapa kali Ali melalui perangkap polis tanpa disiasat lesen memandu yang telah mati.

Ali teringat bagaimana ada satu hari, kereta Ali di highway tetapi tingkap belakangnya tidak dapat ditutup, tetapi tetiba hujan lebat turun – dan disebabkan takut produknya basah kuyup Ali memandu secara cepat sehingga ditahan polis…

Apabila polis itu hendak menyoal Ali dan suruh mengeluarkan lesen kereta, tetiba polis itu menerima telefon kecemasan dan bergegas ke tempat yang lain.

Tetiba, Ali berasa bersalah.

Ali teringat segala rungutan dirinya terhadap Allah yang dia tuduh tidak menyayangi beliau.

Hati Ali sayu – sedih memikirkan sikapnya yang bersangka buruk pada Allah. Ali tersedar rupa-rupanya Allah menjaganya setiap hari sepanjang 6 bulan lepas ketika lesen memandu dia mati. Tiada satu hari pun yang Allah tidak menjaga hambanya, walaupun dia yang bersangka buruk pada-Nya….

Segala tuduhan pada Allah adalah silap, Allah sebenarnya menjaganya setiap hari tanpa putus-asa.

“Rupa-rupanya Allah menjaga dan sayang saya selama ini… segala doa saya didengari… sehinggalah saya kini bertemu dengan taukeh yang lebih baik dan Allah melalui taukeh ini memberitahu saya lesen memandu dah mati dan saya silap bersangka buruk kepada-Nya selama ini….

“Ya Allah. Maafkan saya,” bisik Ali di hatinya.


Semoga kisah ini membawa sedikit keinsafan kepada kita semua, yang pernah bersikap seperti Ali dalam bersangka buruk kepada Allah ketika melalui liku-liku kehidupan yang mencabar.

Ingatkan pada diri,yakinlah bahawa Allah itu Maha Mendengar rintihan hambaNya.Lambat atau cepat,itu urusanNya.
Senyum :)

Tuesday 10 July 2012

jangan diketuk hatiku!


jangan diketuk hati seorg muslimah,
dengan kebaikanmu

jangan diketuk hati muslimah itu,
dengan keprihatinanmu

jangan diketuk hati muslimah itu,
dengan indah tutur bicara dan akhlakmu

jangan diketuk hati muslimah itu,
dengan gelak tawamu,
yang membahagiakan hati.




jangan sesekali pernah diketuk hati muslimah itu,
kerna
muslimah itu,
akan mudah tertarik dgn kebaikanmu,
akan mudah tertarik dgn keprihatinanmu,
akan mudah tertarik dgn tutur bicara indahmu,
akan mudah tertarik dgn gelak tawamu yg membahagiakan itu,

jangan diketuk hati muslimah itu,dgn semua ini,
andai muslimah itu,
bukan ibumu,
bukan isterimu,
bukan saudara2 perempuanmu,
bukan nenekmu
bukan mahrammu

kerna,
kau hanya menambah secebis harapan,
di hati mereka yg mudah tersentuh dgn
kebaikanmu,
keprihatinanmu,
keindahan tutur bicaramu,
gelak tawamu yg membahagiakan.


#repost entry ini.Dah delete blog lama.Alhamdulillah dapat jumpa balik entry ini.Hobi yang dah lama,dan hampir padam.Menulis sajak.

Mungkin perlu digilap lagi berkata-kata.Pesan ustaz Muhamad Syaari dalam "Kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh".Ajar diri dan anak-anak bersastera.Nescaya kau akan dapati,dirimu dan dirinya matang dalam berkata-kata.:)

Friday 6 July 2012

Umrahku.

Itu cinta ku,
itu tujuanku.
Umrahku.


sampaikan aku kesana,ya Rabb.!


Allah,
sebak dihati mula bersarang,
yang ingin dituju ini,
bukan sebarangan tempat.


Bimbang,khuatir,
Adakah Allah menerimaku utk menjadi tetamuNya tahun ini.?


Khuatir dan risau,
Wang perlu dikumpulkan,
akaun bank semakin mendekati kosong,
Buntu,hilang tujuan.
Entah apa yang boleh ku lakukan,

untuk kumpul duit dalam masa terdekat.


Allah,
Nak sangat.
Nak sangat.


Menangis,terkadang tersedu-sedu,
Mengharap kasih Yang Maha Penyayang.
Mohon ditunjukkan jalan,
mohon dipermudahkan segalanya.


Hati ini terlalu rindu,
terlalu ingin.


Allah..


Labbaikallahumma labbaik,
Labbaikala sharikala kalabbaik,
Innalhamda wanni'mata laka walmulk,
La sharikalak

Hambamu datang menyambut panggilan-Mu,
Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat
dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu yang tiada sekutu bagi-Mu.



#sebak dan sedih,hanya Allah yang tahu..Terasa diri sangat kerdil,lemah.....Allah,permudahkanku mengumpul duit,ku ingin kesana..TT_TT

Saturday 30 June 2012

Aku.Hati.Berubah#Part 1

.
.
.
.


Saya suka melihat orang disekeliling saya,memerhatikan gelagat mereka.Pelbagai-bagai.Ada yang menyentuh hati,ada yang melucukan,tak lupa ada yang membangkitkan rasa geram.


Dua gadis berjalan sopan,bergurau senda.Indah  dan damainya melihat gadis itu.Sejuk mata memandang pakaian mereka,akhlak mereka.


Pandangan ditundukkan seketika,melihat diri sendiri.
Yang luar (pakaian) alhamdulillah masih terjaga,tapi bab dalaman(hati dan iman),sad to say,I"M FAIL!


Entahlah,kadang-kadang sedih dengan diri sendiri.
Eh,bukan kadang-kadang,tapi selalu.Kerap kali.
Tiap kali nak berubah,Allah uji sikit,
dah jadi teruk balik.
AllahT_T


Takut,
memang takut,takut hati gelap dengan dosa-dosa,
takut dengan dosa yang dilakukan,"effect" kat generasi nanti.Semua jadi jauh dari Allah.
tapi kadang-kadang,
takut itu tak bagi apa-apa erti.
Agaknya hati ini memang sudah mati kot?
(sedihhh)


#to be continue..tak boleh nak sambung lagi.Sebak dan kecewa dengan diri!





a Bedtime Story(:

There was once a man who was an enemy to Islam. He had three famous questions that no person could answer. No Islamic scholar in Baghdad could answer his three questions…thus he made fun of Islam in public. He constantly ridiculed Islam and the Muslims. One day a small boy, who`s age was 10, came along and heard the man yelling and screaming at Muslims in the street. He was challenging people openly to answer the three questions.The boy stood quietly and watched. He then decided that he would challenge the man. He walked up and told the man, “I will accept your challenge”.
The man laughed at the boy and ridiculed the Muslims even more by saying, “A ten year old boy challenges me. Is this all you people have to offer!”
But the boy patiently reiterated his stance. He would challenge the man, and with Allah`s help and guidance, he would put this to an end. The man finally accepted.
The entire city gathered around a small “hill” where open addresses were usually made. The man climbed to the top, and in a loud voice asked his first question.
“What is your God doing right now?
The small boy thought for a little while and then told the man to climb down the hill and to allow him to go up in order to address the question.
The man says “What? You want me to come down?”
The boy says, “Yes. I need to reply, right?”
The man made his way down and the small boy, age 10, with his little feet made his way up.
This small child`s reply was “Oh Allah Almighty! You be my witness in front of all these people. You have just willed that a Kafir be brought down to a low level, and that a Muslim be brought to a high level!”
The crowd cheered and screamed “Takbir”….”Allah-hu-akbar!!!”
The man was humiliated, but he boldly asked his Second question… “What existed before your God?”
The small child thought and thought.
Then he asked the man to count backwards. “Count from 10 backwards.”
The man counted…”10, 9 ,8 , 7 , 6, 5, 4, 3, 2, 1,0″
The boy asked, “What comes before 0 ?”
The man: “I don`t know…nothing.”
The boy: “Exactly. Nothing was before Allah, for He is eternal.
and absolute.”
The crowd cheered again….”Takbir!”….”Allah-hu-akbar!!!!”
The man, now completely frustrated, asked his final question. “In which direction is your Allah facing?
The boy thought and thought.
He then asked for a candle.
. A candle was brought to him. The blessed child handed it to the man and asked him to light it.
The man did so and remarked, “What is this supposed to prove?”
The young boy asked, “In which direction is light from the candle going?”
The man responded, “It is going in all directions.”
The boy: “You have answered your own question. Allah`s light (noor) goes in all directions. He is everywhere. There is no where that He cannot be found.
“The crowd cheered again….”Takbir!”….”Allah-hu-akbar!!!”
The man was so impressed and so moved by the boy`s knowledge and spirituality
, that he embraced Islam and became a student of the young boy.
So ended the debate.
Who was the young boy?
The young boy was one of our leaders and one of the greatest scholars, Imam Abu Hanîfa (May Allah bless him).

Tuesday 22 May 2012

Saya dan study.

Esok ada Test QMT and Quiz Crg.
Tapi saya main-main,x study betul-betul pon.


Ntah la,kenapa..
Aishh,teruknya..


Saya sayang Ma dan Abah saya,
saya tak akan hampakan mereka,insyaAllah,


saya sayangkan Islam ini,saya tak akan biarkan Islam dipandang rendah,insyaAllah.


Jom study!