Sunday 8 December 2013

Hidup : Traffic Light

Bismillahirahmanirahim.

Sambil-sambil tengok awan dan langit tinggi di atas sana,nampak burung-burung berterbangan keluar mencari port untuk mencari sesuap makanan untuk diisi barangkali. Subhanallah,cantik sekali pandangan di atas sana. teringat seorang sahabat saya pernah "quote" kan kata seorang sufi,
       "Tuan Guru,kenapa langit di atas tu cantik?"
       " Sebab, manusia tak tinggal di langit itu"

AllahuRabbi.Memang kita makhluk pendosa,dan sebaik-baik dan semulia-mulia pendosa adalah pendosa yang bertaubat ilallah. semoga kita tergolong dalam golongan itu.Ameen:)

Lampu merah.Kereta berhenti. Sambil menunggu lampu bertukar, mata melilau melihat pemandangan,gelagat orang di sekeliling.

Mata terhenti di satu tiang. Tiang "traffic light".
                                                         sumber: uncle MRGoogle:)


Subhanallah,baru saya sedar. "traffic light" itu macam kehidupan kita. Sekejap saja hidup, then bertukar jadi kuning, akhirnya merah yang memaksa kita berhenti.

begitu jualah hidup ini. Allah bagi kita peluang untuk menghidupkan kehidupan di bumi ini,sekejap saja.
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُالْآَخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (QS Al-An’aam ayat 32)

 Ya. Dunia ini bukan main-main, semuanya dalam perhitungan Allah.
Ya, Akhirat jua destinasi yang dituju.

Jika kita perhatikan,jarak masa untuk traffic light itu bertukar dari hijau ke kuning, kuning ke merah tak lama bukan?

Signifikasinya,hidup kita juga sedemikian,masing-masing akan sampai kepada gilirannya untuk ber"henti" (mati ) ketika lampu merah dinyalakan ( izrail datang menjemput ).

Maka, Allah Yang Maha Baik menyeru kita,hambaNya, dengan seruan,

 وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِين
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Rabbmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,” (QS Ali Imran 133) 

Maka, Wasaariuu! Ayuh,lari laju-laju.selaju mungkin untuk mengejar keampunan Rabbul Alamin!

Semoga Allah kurniakan kita,kehidupan dan pengakhiran hidup yang baik lagi diredhai.Ameen :)




Thursday 24 January 2013

Andai Rasulullah Bersama Kita.

Wahai Rasulullah,

Tika ini, jika engkau hadir bertamu,

Mungkin mengalir deras airmatamu,

Dek kesayuan mengenang umatmu,

Terlalu jauh dari Allah dan risalahmu,



Wahai Rasulullah,

Nafsu kini menjadi tuhan,

Harta dan pangkat menjadi sembahan,

Melalaikan segala arahan & janji ketuhanan,

Ibadah dirasa berat tidak tertahan,

Al Quran bukan lagi panduan kehidupan.



Wahai Rasulullah,

Kedamaian rumahtangga semakin hancur,

Sikap curang semakin subur,

Peranan ibubapa kian gugur,

Ketaatan anak-anak turut melebur,



‘Barah' di dalam keluarga menjadi parah,

Akibat solat yang tiada berarah,

Amat jauhlah keikhlasan ibadah



Wahai Rasulullah,

Kami tidak mahu lupai jasa & kesukaranmu,

Namun ramai mendustakan ajaranmu,

Harta kini lebih dicintai dari cintamu,

Cinta Allah & Rasul menjadi lafaz kaku,

Seperti khayalan yang nyata palsu,



Wahai Rasulullah,

Dosa kami ibarat lautan tidak berpenghujung,

Namun dirasa umpama lalat di hujung hidung,

Hinggapnya hanya sebentar,

Bila ditepis ia tidak lagi berkunjung...



Taubat kami kurang kekesalan,

Tiada penghayatan, tiada keinsafan

Hati kian berkarat, dipenuhi dosa tanpa Nur Tuhan,

Anehnya, kami masih merasa layak ke syurga idaman,



Wahai Rasulullah,

Aurat wanita tercemar kian,

Berbangga ditayang & dihias berlebihan,

Ditagih penghargaan dan kalam pujian,

Tidak dipeduli murka Tuhan,

Bapa & suami dayus suatu kebiasaan,

Cuaikan amanah ketua keluarga lantikan tuhan,



Wahai Rasulullah,

Bersamamu, kami merindui kehidupan,

Namun adakah diri ini punyai kelayakan,

Dibanding sahabat, tabien & solihin yang beriman,

Dimanakah tempat kami di sisi insan kesayangan Tuhan,

Dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan,



Wahai Rasulullah,

Belas Allah kami harapkan,

Moga , tatkala menjelang kematian,

Jiwa yang sejahtera dapat kami hamparkan.
 
 #Sajak ini dikarang oleh ustaz zaharuddin,dan dah divideokan.Boleh lihat di sini..
Maulidur Rasul ini,ade ibrah yang Allah nak kasi saya hadam betul-betul.
Menemani nenek yang terpaksa ditahan di wad memang memberi banyak ibrah.

Bila melihat pesakit lain.
ada yang mengalami ketumbuhan,masih muda..ketumbuhan dibahagian kiri wajahnya.Hanya 1 mata,sebelah hidung dan sebelah bahagian mulut yang dia ada.

Ada yang terpksa ditebuk dibahagian leher,akibat tidak dapat bernafas.

Ada yang excident,si kakak sudah sedar.si adik masih koma.

Allah.
Waktu sihat terlalu sekejap.Tidak wajar memenuhinya dengan maksiat dan dosa yang berterusan tanpa taubat.

Bila tengok dia yang menahan sakit akibat ketumbuhan itu,
Tersentap dan tertegur diri sendiri.
Tiada sebab utk merungut bila Allah tarik 1 nikmat dari kita,
sedangkan nikmat Allah yang lain banyak tak terhitung.

Alhamdulillah.

Salam Maulidur Rasul!:)