Thursday 24 January 2013

Andai Rasulullah Bersama Kita.

Wahai Rasulullah,

Tika ini, jika engkau hadir bertamu,

Mungkin mengalir deras airmatamu,

Dek kesayuan mengenang umatmu,

Terlalu jauh dari Allah dan risalahmu,



Wahai Rasulullah,

Nafsu kini menjadi tuhan,

Harta dan pangkat menjadi sembahan,

Melalaikan segala arahan & janji ketuhanan,

Ibadah dirasa berat tidak tertahan,

Al Quran bukan lagi panduan kehidupan.



Wahai Rasulullah,

Kedamaian rumahtangga semakin hancur,

Sikap curang semakin subur,

Peranan ibubapa kian gugur,

Ketaatan anak-anak turut melebur,



‘Barah' di dalam keluarga menjadi parah,

Akibat solat yang tiada berarah,

Amat jauhlah keikhlasan ibadah



Wahai Rasulullah,

Kami tidak mahu lupai jasa & kesukaranmu,

Namun ramai mendustakan ajaranmu,

Harta kini lebih dicintai dari cintamu,

Cinta Allah & Rasul menjadi lafaz kaku,

Seperti khayalan yang nyata palsu,



Wahai Rasulullah,

Dosa kami ibarat lautan tidak berpenghujung,

Namun dirasa umpama lalat di hujung hidung,

Hinggapnya hanya sebentar,

Bila ditepis ia tidak lagi berkunjung...



Taubat kami kurang kekesalan,

Tiada penghayatan, tiada keinsafan

Hati kian berkarat, dipenuhi dosa tanpa Nur Tuhan,

Anehnya, kami masih merasa layak ke syurga idaman,



Wahai Rasulullah,

Aurat wanita tercemar kian,

Berbangga ditayang & dihias berlebihan,

Ditagih penghargaan dan kalam pujian,

Tidak dipeduli murka Tuhan,

Bapa & suami dayus suatu kebiasaan,

Cuaikan amanah ketua keluarga lantikan tuhan,



Wahai Rasulullah,

Bersamamu, kami merindui kehidupan,

Namun adakah diri ini punyai kelayakan,

Dibanding sahabat, tabien & solihin yang beriman,

Dimanakah tempat kami di sisi insan kesayangan Tuhan,

Dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan,



Wahai Rasulullah,

Belas Allah kami harapkan,

Moga , tatkala menjelang kematian,

Jiwa yang sejahtera dapat kami hamparkan.
 
 #Sajak ini dikarang oleh ustaz zaharuddin,dan dah divideokan.Boleh lihat di sini..
Maulidur Rasul ini,ade ibrah yang Allah nak kasi saya hadam betul-betul.
Menemani nenek yang terpaksa ditahan di wad memang memberi banyak ibrah.

Bila melihat pesakit lain.
ada yang mengalami ketumbuhan,masih muda..ketumbuhan dibahagian kiri wajahnya.Hanya 1 mata,sebelah hidung dan sebelah bahagian mulut yang dia ada.

Ada yang terpksa ditebuk dibahagian leher,akibat tidak dapat bernafas.

Ada yang excident,si kakak sudah sedar.si adik masih koma.

Allah.
Waktu sihat terlalu sekejap.Tidak wajar memenuhinya dengan maksiat dan dosa yang berterusan tanpa taubat.

Bila tengok dia yang menahan sakit akibat ketumbuhan itu,
Tersentap dan tertegur diri sendiri.
Tiada sebab utk merungut bila Allah tarik 1 nikmat dari kita,
sedangkan nikmat Allah yang lain banyak tak terhitung.

Alhamdulillah.

Salam Maulidur Rasul!:)